Batuan Sedimen non klastik - Silika
1.1 Sedimen silika Batuan ini terbentuk daripada proses kimia, iaitu daripada bahan kimia yang larut dalam air (terutamanya air laut). Bahan kimia ini termendap hasil daripada proses kimia (contohnya proses perwapan membentuk hablur garam), atau dengan bantuan proses biologi (seperti pembesaran cangkang oleh hidupan yang mengambil bahan kimia yang ada dalam air). Dalam keadaan tertentu, proses yang terlibat sangat kompleks, dan sukar untuk dibezakan antara bahan yang terbentuk hasil daripada proses kimia, atau proses biologi (yang juga melbatkan proses kimia secara tak langsung). Jadi lebih sesuai kedua-dua jenis sedimen ini diletak dalam satu klas yang sama (sedimen endapan kimia / biokimia). Batuan sedimen silika tersusun dari mineral silika (SiO2). Batuan ini terhasil dari proses kimiaw...